1.Tujuan pelawaan ini adalah untuk memberi peluang kepada pemilik/pekebun/peniaga durian dalam kawasan pulau untuk menjalankan perniagaan buah durian di gerai pasar Majlis Bandaraya Pulau Pinang(MBPP).
2. Keutamaan untuk berniaga di gerai pasar MBPP adalah diberikan kepada pemilik/pekebun/peniaga buah durian seperti berikut :- a. Pekebun Buah Durian. b. Penjual Buah Durian (yang pernah mendapatkan permit Gerai Sementara Bermusim MBPP dari tahun 2017 hingga 2019).
3. Tempoh penyewaan adalah selama 3 bulan dan sebarang perlanjutan adalah tertakluk kepada pertimbangan MBPP.
4. Kadar sewa bagi seunit gerai termasuk perkhidmatan pungutan sampah adalah sebanyak Kadar sewa seunit gerai: RM 35.00/seminggu Kadar Perkhidmatan Pungutan Sampah : RM 50.00/seminggu.