PENDAFTARAN UNTUK BERNIAGA DURIAN DI PREMIS MAJLIS






  • Sewaan/Permit

    1.Tujuan pelawaan ini adalah untuk memberi peluang kepada pemilik/pekebun/peniaga durian dalam kawasan pulau untuk menjalankan perniagaan buah durian di gerai pasar Majlis Bandaraya Pulau Pinang(MBPP).

    2. Keutamaan untuk berniaga di gerai pasar MBPP adalah diberikan kepada pemilik/pekebun/peniaga buah durian seperti berikut :-
    a. Pekebun Buah Durian.
    b. Penjual Buah Durian (yang pernah mendapatkan permit Gerai Sementara Bermusim MBPP dari tahun 2017 hingga 2019).

    3. Tempoh penyewaan adalah selama 3 bulan dan sebarang perlanjutan adalah tertakluk kepada pertimbangan MBPP.

    4. Kadar sewa bagi seunit gerai termasuk perkhidmatan pungutan sampah adalah sebanyak
    Kadar sewa seunit gerai: RM 35.00/seminggu
    Kadar Perkhidmatan Pungutan Sampah : RM 50.00/seminggu.

  • Syarat-syarat perniagaan


    1. Pemohon dan pekerja perlu mendapatkan Suntikan Anti-Tifoid sebelum memulakan operasi.
    2. Bilangan gerai yang dibenarkan adalah mengikut kelulusan.
    3. Hanya dibenarkan jualan "take away" dan "delivery" sahaja.
    4. Tidak dibenarkan mengunakan bekas polisterin bagi sebarang tujuan perniagaan (membungkus/mempamer makanan).
    5. Pemohon perlu patuh dan mengikuti semua syarat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti berikut:
    a. Hanya dibenarkan 2 pelanggan pada satu waktu jualan perlu ada had jarak sosial iaitu 1 meter.
    b. Mengamalkan kebersihan diri setiap waktu [kerap membasuh tangan dengan "hand sanitize".
    6. Waktu beroperasi adalah mengikut waktu operasi pasar dan dibenarkan lanjutan masa mengikut kelulusan.
    7. Warga Asing tidak dibenarkan menguruskan perniagaan.
    8. Pemohon adalah bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan mengikut undang-undang sekiranya didapati mengemukakan maklumat yang tidak benar dan didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan.
    9. Permohonan yang diterima adalah tertakluk kepada pertimbangan Majlis dan sebarang keputusan adalah muktamad.
    10. Lain-lain syarat yang akan ditetapkan oleh MBPP.