Jom Beli Online (JBO) @ MBPP

Mengenai Kami

LATAR BELAKANG JBO@MBPP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19 telah dilaksana sejak 18 Mac 2020 hingga kini.
Sepanjang tempoh PKP ini peniaga-peniaga kecil dan individu perseorangan telah mengalami masalah kewangan dan tiada pendapatan berikutan larangan-larangan dalam PKP ini.
Oleh itu, pada Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah meluluskan beberapa inisiatif bagi membantu golongan yang terkesan dengan PKP agar boleh terus memperolehi pendapat melalui projek-projek seperti berikut :-
 Jom Beli Online (JBO)
   1. Platform JBO@MBPP :- (Affiliate) Platform online untuk membolehkan peniaga mempromosi produk mereka. dan memangkin ekonomi dengan norma baharu.
   2. Daftar tawaran gerai sementera untuk penjualan buah durian (buah bermusim) - 2020 (9 pasar awam) - 2021 Dibuka semula
   3. Kad Pergerakan PKP (2020) - Bagi Rider Persendirian
   4. Permit Sementara bagi Business From Home (BFH)
Projek ini adalah merupakan salah satu inisiatif Majlis dalam membantu golongan terkesan dengan pelaksanaan PKP.
Ia merupakan projek perintis bagi mewujudkan jaringan ekosistem perniagaan digital dan transaksi tanpa tunai (cashless).

FOKUS JBO@MBPP

1. Memangkin ekonomi dengan norma baharu.

2. Mempromosikan barangan atau produk.

3. Mengutamakan pematuhan SOP norma baharu.